salcha4u ;D
Saturday, July 2, 2011


Pengajaran Buat Semua Isteri Dan Suami : BILA ISTERIKU PANDAI BERCHATTING!!!!

Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami. Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.



Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.

Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati.

Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam.

Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku.

Perbualan mereka di lobi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.

Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.

Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal.

Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita. Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi.

Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku.

Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam……. aku pun menghidupkan lampu.

Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat, menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan… Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yg malang.

Kesimpulannya………….

Jangan sesekali memberanikan diri dlm membuat sesuatu hubungan sulit #######!!!??? !!!! dan melayari chatting……. Padah akibatnya….. kenapa perempuan lebih berani dari lelaki?

Apakah itu tandanya kiamat telah hampir akibat ketidakpuashatian hak? Nauzubillah…. sehingga begitu sekali ker dunia sekarang???????

wanita..oh..wanita….


7/02/2011 04:01:00 PM

Saturday, May 14, 2011


















Sudah lama rasanya xtulis blog... skang ni mybe la aku ada sedikit masa untuk update blog aku neh... aku suda bosan melayan game dan online facebook... tapi selalu yang aku buat hari2 yang tu lah jugak.huhu... aku sebenarnya rindu sangat kat dia... sebab tu jugak lah aku rasa cam nak update aku punya blog...
















Sudah 5 bulan dia menjalani latihan di kem... kekadang dia ada contac aku jugak... lepas la ckit rindu neh... tapi yang bestnya baru2 ni aku g jumpa dia... aku stay kat umah dia semalam skali ngna family dia jugak... aku tengok fizikal dia brubah sangat... aku ni sebenarnya jenis malas nak jalan jauh2... tapi disebabkan dia, aku kuatkan semangat jugak untuk menatap muka dia sentiasa menyejukkan hati aku dari dulu sampai sekarang walaupun muka dia agak hitam manis ckit skang... xpa walau camna pun dia, aku terimas aja sebab aku sayang dia sangat...




















Aku pun xsangka dapat g kot blah darat sorang2... mybe sebab semangat sangat kot... aku bukan xberani, tapi riso ckit ja sebab aku xbiasa kat tempat orang... aku ni jenis yakin aja... papa pun aku neh sorang yang kuat semangat...




















Skang ni cuma tinggal lagi 2 bulan ja lagi... aku harap smuanya akan habis dengan cepat... aku xpasti di waktu2 akan datang aku xtau apa yang akan berlaku... dalam perancangan dia... dia nak kami betunang & berkahwin pada tahun depan... tapi dengan keadaan aku cam sekarang ni aku rasa tensen sangat... camna nak bertunang kalau kerja pun xmenentu lagi? kalau dia sungguh la da tetap dapat keja yang baik... tp aku ni??? masih mencari lagi arah tujuan hidup... aku risau sangat sebab mak dia pun nak aku dapat keja yang baik... apa yang perlu aku buat??? kalau sebaliknya perkara yang terjadi nanti, apa yang perlu aku buat??? aku harap rezeki menyebelahi aku pada tahun ni... aku hanya perlu tunggu borang gov cam polis kuar... aku perlukan tawaran yang baik untuk pekerjaan yang baik... mungkin ni adalah ujian daripada Tuhan untuk aku... kalau tak ada usaha... semuanya akan hilang camtu ja... aku akan lebih kecewa dengan hidup aku... biarlah dapat kerja apa pun... janji gov! perkara terakhir kalau tak da kerja sangat... memang aku akan join askar jugak... tu adalah perkara terakhir yang aku akan buat...



I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought
"Hey, you know, this could be something"
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing

So maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
'Cause when I close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

That maybe it's true
That I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one


I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought, "Hey,"




Maybe it's true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
I can't live without you
'Cause, baby, two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
But I'll figure it out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one


5/14/2011 09:30:00 PM

Thursday, March 24, 2011


In a sandy chamber known as the "beach," a wave rolls across a wall painted (and repainted) by cataphiles in the style of Japanese printmaker Hokusai. Such works can take hundreds of hours—the painting but also the carrying in of supplies.









3/24/2011 03:27:00 AM

Monday, March 21, 2011




Penyakit Kelamin 




















Pengenalan

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?

Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:

STD ( Organisma )

Gonorea - (bacteria Neisseria gonorrhoeae)

Sifilis - (bacteria Treponema pallidum)

Non-gonococcal urethritis (NGU) - (Chlamydia trachomatis) 

Vaginal candidiasis - (Candida albicans (fungus)

Genital herpes - (Herpes simplex virus type 1 & 2)

Genital warts (Ketuat kemaluan) - (Human papilloma virus)  

HIV/AIDS - (Human immunodeficiency virus)

Hepatitis B - (Hepatitis B virus) 

Trichomoniasis - (Trichomonas vaginalis) 

Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?

Penyakit kelamin merebak melalui:

• Perhubungan seks

• Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti

Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti. 



Tanda dan Gejala

Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.

Chlamydia

Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.

Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts)

Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.

Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes)

Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tandatanda penyakit akan mengadu demam, gatal, 'panas' dan bengkak di bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa membuang air kecil.

Gonorrhoea

Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.

Sifilis

Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.

HIV

Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan sukar melawan penyakit.

Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis)

Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasa membuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing.

Trichomoniasis

Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV). Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini. 



Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)

Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk-serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar dalam.

Kudis buta (Scabies)

Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.

Kulat(Thrush)
Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar. Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini

jika anda mengamalkan atau melakukan:

• Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,

• Hubungan seks melalui dubur

• Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,

• Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.



Diagnosa

Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal. Kementerian merangka untuk mewujudkan satu ujian yang mudah bagi pesakit melakukannya di rumah, menggunakan air kencing atau sapuan dari pangkal faraj sahaja. Pesakit boleh mengambilnya sendiri dan ini boleh mengurangkan rasa malu pesakit ketika mendapat rawatan bagi penyakit ini. Dalam sesetengah keadaan, seperti kutu kemaluan, ujian yang lebih rapi tidak perlu dilakukan. Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).

Komplikasi

Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disesase), mengandung luar rahim atau kemandulan.

Rawatan

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin: 



• Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu.

• Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik.

• Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja.

• Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing setelah pulih.

• Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres, banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di tempat panas.

• Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu.

• Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh badan dan dibasuh 24 jam kemudian.

• Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS (hyperlink AIDS), tetapi ada ubat yang dapat mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat.

• Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat.

• Kulat (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj), krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu dibahagian kemaluan.

• Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi beberapa kali untuk beberapa sesi. 



Pencegahan
Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan jika didapati mengidap penyakit kelamin.

Kumpulan Sokongan

Majlis AIDS Malaysia

Semakan Akhir : 22 April 2008


3/21/2011 11:36:00 PM



Bercakap pasal sekolah pasti ramai yang mempunyai kenangan pahit manis... tidak terkecuali aku neh yang masih lagi terbayang sekolah yang paling aku sayang sek men teknik langkawi (meremang bulu roma)... dulu kala masa sekolah rendah aku ni cam buas jugak lah... first nak cita pasal tadika aku dulu... aku tadika kat tabika taman rakyat mergong... berdekatakan rumah jugak lah... masa tu stay kat aloq staq lagi... kat sana pun banyak kenangan aku yang masih aku ingat walapun time tu aku kecik lagi... pastu setelah abeh tadika... aku berpindah pulak ke sekolah rendah mergong... masa tu kenangan2 yang aku masih ingat lagi cikgu bi lelaki skolah aku beli moto jaguh baru... pastu ada juga cikgu yang baru beli kereta proton saga... jugak cikgu ajaq kelas muzik... 1 lagu yang dia ajaq dulu aku ingat lagi... lirik dia camni "berdendang sayang nyanyikanlah lagu riang, bergembiralah untuk menghiburkan hati, wahai anak muda, marilah kita, berdendang sayang nyanyikanlah lagu riang" (pendek2 udah lah :p )... 


pastu aku ingat juga member aku yang hensem nama dia harris mengorat awek kelas bawah yang namanya najihah... si najihah tu stay berdekatan ngan taman kami... harris plak satu taman ngan aku... bercakap pasal taman aku...1 time tu kat tempat kami ada funfair geng russia buat... kira cam funfair besar2an jugak lah... ada kereta berlaga... topgun... ghost house... sarkas... pastu cawan pusing tu... kira cam nak complete jugak lah... pastu geng2 taman kami pun terpikir la caman nak cari duit... last2 kami buat geng kutip duit parking haram... jahat x? haha... biasa la time tu aku kecik... kawan ngan budak2 besaq... depa pun memang camtu... kawan2 aku jugak... 


ok masuk pasal sekolah balik... cita pasal harris... disebabkan dia ni hensem... aku slalu ja nak fight ngan dia dalam bab sukan... tapi aku juga slalu kalah ngan dia... aku ni berat sebab time skolah rendah dulu... aku ni paling tinggi... kadang2 malu sangat nak beratuq ngan budak2 len masa perhimpunan :( ... papa pun aku ngan harris tak rapat pun... 


yang paling aku rapat ngan jiran aku nama dia afiq baihaki... tu dulu la walawpun skang aku da jumpa dia dalam fb... tapi sekarang masing2 ada hidup sendiri... aku ngan afiq ni dulu cam adik beradik... aku p mana dia ada... dia p mana aku ada... p skolah pun skali... aku selalu p umah dia lepak2... kadang2 family dia bawak aku p kampung depa kat baling... aku ingat lagi tok dia masak nasik goreng kampung... sedap woOO... 


tapi satu hari semuanya berubah... afiq kena pindah rumah... tapi dok dalam taman tu jugak... jauh ckit ja dari umah aku... lepas tu kami pun da jarang lepak... tup tap tup tap hidup aku mula berubah... parents aku cakap kami kena pindah p pulau langkawi tempat asal depa... aku bila dengaq camtu aku rasa sedey sangat nak tinggai kediaman yang slama ni tempat aku bermain... tempat aku bergembira... aku kalau bab balik kampung suka la jugak... aku suka pulau langkawi... tapi time tu aku tak bersedia langsung nak pindah... aku asik terfikirkan kawan2 aku... aku terfikir bila la lagi nak jumpa depa smua :( ... aku terfikir jugak boleh tak lagi aku nak makan nasik ayam pakcik pin blakang umah aku tu... mesti aku rindukan sangat saat2 kena kejaq ngan anjing gila+kurap kat taman tu... taman tu paling bahaya skali time tu anjing la... aku penah kena kejaq ngan 2 ekoq anjing... takut wei.... bukan apa... takut kena tokak ja... nasib la hero iaitu abah aku kejaq anjing tu sama supaya anjing tu jauh daripada aku... kalau tak ada abah aku... tak tau la apa akan berlaku kat aku... ntah2 kudung pa skang ni... xpun dah arwah...


panjang pulak nak cita pasal idup aku neh... pastu da berpindah ke langkawi... aku telah mengharungi 3 buah persekolahan... iaitu sek.ren.keb. kedawang... sek. men. kedawang... dan sekolah menengah teknik langkawi <---(sekolah terbaik dalam hidup)... sekolah di kedawang ni ada jugak kenangan... tapi bagi aku biasa2 ja sebab budak2 yang study pun berdekatan kawasan situ ja... tu yang aku cakap biasa... 


tapi pengalaman aku masa kat skolah teknik banyak sangat... sekolah teknik ni budak2 skolah ni plak dari pelusuk negeri... memang best sebab dapat kawan ngan ramai budak2 luar... kira cam anasir2 luar la... depa ni banyak bawak pengaruh dari segi fesyen... muzik... dan gaya hidup... memang aku teruja sangat pasal sekolah ni... segala kenangan tak pernah aku lupa...  aku rasa masa aku kat skolah ni banyak main2 ja... belajaq tak sangat pun... mybe tu yang membuatkan aku rasa syok dok kat skolah tu... 


aku pun tak tau nak mulakan camna cita pasal sekolah neh... aku amek jurusan mekanikal... budak2 kelas aku semua sempoi2 dan menceriakan hari2 aku... kelas kami ada 4 orang pompuan ja... sorang awek tu budak langkawi... kelas tu ada 24 orang semuanya... tapi yang bestnya... kelas aku tu memang banyak fenomena yang berlaku disebabkan oleh seorang student yang buas... nama dia min... agak nakal la dalam skolah sampai cikgu2 semua anti kat dia walawpun cam kesayangan cikgu jugak... apa2 hal yang berlaku kelas kami la yang selalu ke mark oleh cikgu2... tapi kalau aku cakap tak suka tu tipu la... aku suka sangat kelas kami jadi tumpuan... 


min ni kira cam ketua budak nakai jugak la... konco2 dia budak2 laki kelas tu.... kawan2 yang sempoi seingat aku and yang paling aku suka kawan man (maloh*) dan chon (choneh*) (*=aku suka panggil depa camni)... cam lain2 mmber kelas... separa... megat... mabok... robot... mursalin... nawas... faizat... tiger... flash... kelantan... bean... aiman... faizal (ada 2orang faizal)... musyrik... adila... rabiatul... sal... syud... nama2 ni semua la mmbe kelas aku yang sempoi2 sangat... yang paling best kalu nak ponteng kelas... 1 kelas buat keja ponteng kelas... nakai x? haha... kalau ada pun yang masuk kelas pun cam budak2 skema ja... cam musyirk... bean... nawas... dan geng2 pompuan...  kadang2 yang budak nakai pun ada buat skema juga cam buang tebiat la... slalu join ponteng kelas... tapi tetiba ada hari dia masuk kelas.haha... bila pk lawak plak... kelas cikgu disiplin pun kami berani ponteng masa tu... ada hari kena la rotan... padan muka... 


last la nak cita... aku pun cam ngantok ja ni... kenangan yang agak cambest jugak la... kami dok kat tandas... aku... min... man... megat... chon... tiger... separa... flash... pastu dengan buang tebiatnya... kami p buat konsert lagu terbaru masa tu jugak lah... tak silap aku lagu spider... relaku pujuk... dengan bisingnya aku yang jadi penyanyi... separa selalu panggil aku artist sebab aku qajin menyanyi dalam kelas.huhu... min ngan sapa ntah dok ketuk2 konon drummer la... dengan keadaan yang begitu bising tu... tak semena2... keluarlah si kecil cikgu comel yang bertudung labuh keluar daripada kelas budak2 elektrik (tandas berdekatan ngan kelas kej. elektrik)... pastu apa lagi... dia pun tempit kami smua dan kami pun bertempiaran la lari ke merata arah... aku ngan 2orang member len lari masuk dalam tandas... yang len2 lari ikut tangga.hahaa... kami ni jenis suka lari daripada cikgu... memang otak gila2 lah time tu... papa pun next time aku sambung ngan diari aku pasal hostel plak... :)


3/21/2011 05:21:00 AM



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2.  AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKANMinumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh me! mbakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


3/21/2011 03:59:00 AM



1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.


3/21/2011 03:46:00 AM



In the Flower Garden Banks National Marine Sanctuary in the Gulf of Mexico, steel pillars supporting a gas platform make a vertical reef encrusted with tube sponges.



3/21/2011 03:33:00 AM

Friday, March 18, 2011




Aku suda letih dengan hidup neh... rasa penat, bosan, murung, marah, tensen... mybe penyebabnya aku xda orang yang bleh aku sayang... kepada sesiapa, penantian ini sungguh memenatkan aku... hari demi hari aku terpaksa mengharungi hidup tanpa kamu di sisi... tiada panggilan fon, tiada pesanan sms... sampai bila aku harus tunduk begini... arah tuju aku hari2 just g keja, balik keja... kalau ada aktiviti pun jarang sangat...

lagipun aku malas nak kuar umah... sebab skang kan bumi makin panas... rasa tak tahan kalau kuar panas2 camtu... tapi bukan pasal panas aku nak cita... aku nak luahkan apa yang aku rasa sekarang tanpa kamu yang sebelum ni hari2 mengontac aku tak kira masa dari pagi sampai ke pagi esok... sampai aku pun naik jemu...

tapi aku tak kisah... sebab kamu pun tak kisah aku marah kamu sebab slalu contac aku 24jam dulu... bukan apa aku marah tu... kan marah tanda sayang... lagipun kamu memang tak peduli aku marah kamu... sebab tu aku sayang kamu sebab hatimu keras cam batu... kamu selalu ikut kata hati kamu... selalunya kamu yang terbagus sebab pandai menjaga hati aku walaupun aku marah kamu.... kalau aku buat silap kamu pun marah aku jugak... sebab tu aku sayang kamu sangat sebab kita cam ada persamaan...

orang pun cakap jodoh kita kuat sebab muka kita cam nak sama... aku suka sangat orang kata lagu tu sebab diorang mendoakan kebahagiaan kita... ya dulu kita bahagia kerana kamu di sisi aku... kamu sentiasa menceriakan hari2 aku yang tak berapa nak ceria sebelum ni... walaupun aku ni tak banyak cakap... aku hepy sangat kamu tak borink ngan aku kerana kekurangan aku tu... sampai la adik bradik kamu sendiri pun cakap aku neh cool and relex... padahal aku ni memang camtu... tak banyak cakap... aku just suka gelak ja...

sebab dalam fakta pun mengatakan orang yang gelak banyak akan hidup lama... tapi bab cakap ni plak tak tau la nak cakap apa kehebatannya dalam fakta...



aku ingat sangat2 detik kita bersama sebelum ni... setiap kali aku tengok muka kamu... aku rasa tenang walawpun adakalanya pada waktu2 lain muka aku cam apa ntah peliknya... bukannya apa... tu kalau muka pelik kan tandanya aku serabut kepala la tu... tapi tak pa... aku sayang kamu sangat...

kalau kamu kena marah ngan aku sekalipun... tu bukannya gimik sandiwara daripada aku pada kamu... tapi memang ada benda yang aku tak puas hati... apa pun kamu sendiri pun tahu kan... aku tak kan marah kamu sebab benda lain... aku just akan marahkan kamu kalau kamu cntc lelaki lain@ lebih tepat lagi... lelaki yang aku tak kenal...

kalau kamu nak contac... aku benarkan ja kamu contac member2 aku yang lelaki... aku tak marah kalau kamu contac member yang aku kenal... aku nak kamu faham yang tu ja... untuk pengetahuan kamu...

aku benci sangat dengan pompuan yang mengada... aku tahu kamu bukan camtu... sebab aku kenal kamu... kalau ada papa kesalahan kamu sebelum ni berkenaan lelaki... aku tak kisah kalau sebelum kamu kenal aku... kamu seorang yang nakal @ sewaktu dengannya... tapi bila dah kenal aku... tolong sangat berubah demi kebaikan... tak payah lah nak skandal2... buat apa la nak tambah dosa lagi...

aku nak luahkan kat cini... penantian aku sekarang ni banyak mengajar aku untuk berubah dan lebih sayang pada kamu... aku tau dengan raut wajah aku dan body aku yang camni... mybe boleh menjadi tarikan kepada kaum wanita lain... tapi disebabkan kamu... aku sudah berubah... percayalah aku sudah berubah sayang...

setiap masa aku hanya fikirkan kamu... tu pun kalau aku keseorangan... kalau aku buat keja @ main game @ buat aktiviti sukan... mybe aku tak ingat kamu sangat sebab aku fokus pada apa yang aku buat tu... aku ni seorang yang jujur... seeloknya tak perlulah kamu marah...

pada ketika tidur plak kamu patut bersyukur kerana ada kalanya aku mimpi kamu... pastu bila bangun aku tersenyum sebab dah dapat tengok kamu walawpun tu hanyalah mimpi... bagi aku ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan... apa2 pun...

kepada kamu... tolonglah kembali ke pangkuan aku... aku terseksa sangat dengan penantian ni... aku penat dan letih...



sebenarnya aku baru saja balik dari main futsal tadi... sebab penat2 camni... tetiba ja rasa nak luahkan perasaan... aku tak tau nak lauhkan pada siapa lagi... internet ni la peneman aku hari2... tu pun sebab ada wifi... kalau tak dak memang mampoih aku boringnyerrr dok kat umah neh... dah la awek pun tak dak... Arghhhhhhhhhhhhh... nasib la internet ni xbleh berkomunikasi ngan aku... kalau tak mesti dia suh aku tido.huhu...

Preview lagu I Will Be Right Here Waiting For You

Oceans apart, day after day
And I slowly go insane
I hear your voice, on the line
But it doesn't stop the pain
If I see you next to never
how can we say forever

Wherever you go, whatever you do
I will be right here, waiting for you
Whatever it takes, or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all The times
That I thought would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now
Oh can't you see it baby,
You've got me going crazy

I wonder how we can survive, this romance
But in the end if I'm with you, I'll take the chance

Oh you can't see it baby
You've got me going crazy


3/18/2011 03:02:00 AM

Tuesday, March 15, 2011


LUAHAN hati yang datang daripada kaum lelaki (Azlan).

Cerita Azlan, zaman ini wanita tidak boleh lagi tuduh kaum lelaki sahaja jahat buat maksiat, skandal dan berzina.

‘‘Wanita pun sama,’’ demikian kata Azman ketika kami berbual di telefon Selasa lalu setelah membaca e-mel yang dihantar kepada penulis.

Kata Azlan: ‘‘Ruangan ini banyak menyiarkan kisah tentang penderitaan kaum wanita sahaja konon suami berlaku tidak adil, zalim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada penderitaan yang dipikul oleh kaum wanita?

‘‘Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbelah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperbodohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.

‘‘Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengkar apa lagi bergaduh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nanah atau pun barah.

‘‘Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama-sama menonton drama tv. Kisah kecurangan seorang isteri terhdap suaminya. Akhirnya si isteri dapat balasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya. Tiba-tiba air mukanya berubah tak tentu hala.

‘‘Melihatkan perubahan keadaannya, saya bertanya lagi, dia menafikan. Saya desak lagi dia jadi lebih tak tentu hala. Melihat perubahannya, saya terus menadah tangan berdoa di hadapannya ‘Ya Allah kau laknatilah dia jika dia berlaku curang terhadap aku, aku reda…….Belum habis saya berdoa lagi, tiba-tiba dia menangis menahan saya dari meneruskan doa saya.

‘‘Abang ampun bang, abang terlalu baik kepada saya, saya memang jahat. Abang ampun dan maafkanlah saya, saya banyak buat dosa pada abang. Abang ampunkanlah saya. Abang ampun! Ampun! Ampunkan saya bang, katanya dalam tangisan.

‘‘Saya kehairanan. Apa dah jadi. Saya tanya Has beberapa kali tetapi dia tidak menjawab selain meminta ampun berkali-kali dan menangis. Sambil memegang bahunya saya tanya lagi, ‘‘Has berhenti menangis, abang nak tanya apa yang dah terjadi? Sampaikan kau minta ampun berkali-kali ini. Apa dah terjadi, apa kau dah lakukan di belakang abang?

‘‘Dalam tangisannya, Has berkata, saya tidak akan mengampunkan dan maafkan dia kalau dia ceritakan apa yang berlaku. Namun dia reda atas apa yang akan saya lakukan. Tetapi katanya dia tetap cintakan saya, sayangkan saya dan anak-anak. Apa yang dilakukan secara tidak sengaja. Penjelasannya membuatkan saya lebih pelik.

‘‘Saya tahu dia memang selalu keluar makan dengan rakan-rakan perempuan dan lelaki di tempat kerjanya, tak pernah saya terfikir dia buat benda yang tak baik. Saya jujur, saya fikir tentu dia juga jujur.

‘‘Tetapi mulutnya terus meminta maaf dan ampun dengan tangisan dan air mata merambu-rambu keluar. Perbuatannya membuatkan mulut saya dengan keras bertanya, kau berzina ke? Hah! Kau berzina? Dalam tangis dia menganggukkan kepala.

‘‘Astaghfirullah! Saya mengucap beberapa kali untuk menenangkan diri. Ya Allah apalah malangnya nasib aku ni ya Allah! Betulke apa yang aku dengar ini Ya Allah! Saya mengucap lagi sambil beristighfar beberapa kali. Lantas keluar bilik dengan mata serta kepala berpusing-pusing. Ya Allah apalah nasib aku yang malang ini!

‘‘Saya bukan jenis lelaki panas baran, jika lelaki lain pasti malam itu kalau tak bengkak dan luka pasti Has sudah kena sepak terjang hinggap ke muka dan ke badannya. Mungkin juga saya ni terlalu baik macam dia katakan. Kerana sepanjang 15 tahun berkawin saya tak pernah cemburukan dia, malah saya percayakan dia 100%. Kerana itulah juga saya tidak pernah bersuara tinggi apa lagi menampar dan memukulnya.

‘‘Hinggakan bila saya mendengar ceritanya malam itu, saya masih boleh mengucap panjang, keluar bilik dan tidak memarahinya sebaliknya saya bersabar. Jadi pembaca boleh fikir betapa sabar dan baiknya saya jika itu boleh saya katakan.

‘‘Saya bukan dayus atau takut bini, tetapi saya terlalu sayangkan anak-anak kami yang tiga orang ini. Saya tidak mahu hidup mereka huru hara kerana masalah ibu bapa mereka. Bahkan saya tidak mahu mak mertua saya seorang ibu tunggal menangis mengenangkan nasibnya, kerana kamilah tempat dia mengharap dan bergantung harapan. Kalau saya tak sabar pasti malam itu perang dunia ketiga meletus.

‘‘Untuk pengetahuan pembaca hidup kami suami isteri selama ini memang bahagia, tiada masalah besar. Dia kerja tak tentu masa, sepeninggalannya sayalah yang jaga rumah dan anak-anak. Kerana saya kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sayalah yang ambil dan hantar anak ke rumah pengasuh. Anak-anak mempunyai lebih banyak masa dengan saya berbanding Has, malah saya yang menguruskan makan minumnya, kalau malas masak saya beli nasi bungkus. Itulah cara hidup kami semuanya berjalan lancar dan saya bukan jenis demand makan minum mesti siap atas meja, pakaian mesti digosok, rumah mesti bersih.

‘‘Malah saya lebih banyak menguruskan kebersihan rumah dan pakaian daripada dia kerana kerjanya tak menentu. Kalau keluar bekerja salam jadi kebiasaan, malah siap cium pipi, pendeknya kami memang loving couple. Tetapi sekarang apa dah jadi?

‘‘Malam itu saya tak boleh buat keputusan. Fikiran saya buntu. Apakah saya ini kurang baik punca dia buat maksiat? Makan minum, tempat tinggal saya sediakan apa yang tak cukup? Patutnya dia bersyukur, saya bukan kaki ronda, lepak warung, kelab, dan sebagainya. Bahkan dalam setahun pasti dua tiga kali saya bawa mereka makan angin cuti-cuti Malaysia. Lebih penting saya bukan kaki perempuan.

‘‘Bila saya tanya banyak kali barulah dia cakap. Katanya jarang dapat, seminggu sekali aja. Terus saya tanya, apakah dia sering di rumah waktu malam? Sebaliknya dia lebih suka bekerja. Salah saya ke? Malah dia sering mengalah, kerana tak larat. Salah saya ke? Biasanya dia tidur awal dan saya tak suka kejut dia sedang tidur. Tak syoklah!

‘‘‘Malam tu kami tidur lewat, dia masih minta ampun tapi saya kata, minta ampun pada Allah semoga Dia ampunkan. Bagi saya tiada ampun untuknya sejak peristiwa tujuh bulan lalu itu hinggalah kini. Malah ia jadi sejarah hidup dalam hidup saya.

‘‘Dua hari selepas peristiwa itu, saya soal dia lagi dah berapa lama perkara ini berlaku. Katanya, ia bermula sejak setahun lalu. Jahanam punya perempuan, sanggup dia menduakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia buat kerja terkutuk itu. Lagi berdesing telinga saya mahu saya terajang dia. Tapi saya sabar. Katanya dia dah insaf, sayalah suami terbaik untuknya. Saya kata dah terlambat. Saya jaga anak-anak kat rumah dia kata pergi kerja, tetapi dia pergi hotel. Celaka punya perempuan. Kami bertengkar sakan malam tu. Tiba-tiba dia lari ke dapur ambil pisau nak bunuh diri. Saya sempat selamatkan dia.

‘‘Memang dia dah gila, patutnya saya yang mengamuk, ini dia yang naik hantu, dah terbalik. Katanya dia insaf dan mahu saya ampunkan dia dunia akhirat. Seminggu lepas tu, hati saya tak sedap, saya soal lagi adakah jantan itu pernah datang rumah?

‘‘Dia kata ada, tapi tak masuk. Cuma hantar buah-buahan. Sakitnya telinga, saya terus bagi penampar. Itulah pertama kali saya tampar dia. Saya marah sebab dulu dia kata adik angkatnya yang bagi buah-buahan tersebut, bagi saya makan. Kami bertengkar lagi. Kali ini dia ambil pisau cuba potong urat nadi di tangannya. Dan kunci dirinya dalam bilik. Saya nasihatkan dia ingatkan Allah, dan jangan tambah dosa.

‘‘Sejak peristiwa itu saya tak soal dia lagi takut dia mati, saya pula masuk lokap. Kini setelah kesnya terbongkar saya suruh dia sembahyang dan berdoa semoga Allah ampunkan dia. Saya boleh terima dia jika dia berjanji tak ulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Namun hati saya yang punya, saya tidak dapat lagi memberikan kasih sayang kepadanya sama seperti dulu.

‘‘Dulu tiap-tiap hari cium pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura-pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan dosanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak-anak dan saya tak mahu dia ugut bunuh diri.

‘‘Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila-bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.

‘‘Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya, mungkin bila keadaan kembali tenang kami boleh membentuk jalan sendiri. Mungkin itu cara yang terbaik. Tapi sekarang dia tak mahu diceraikan.

‘‘Kata Has kalau saya kahwin lagi dia sanggup pinangkan sebagai menebus dosa nya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya pada saya. Tetapi saya katakan kalau betul cinta dan sayangkan saya kenapa cari jantan lain? Menurut Has dia pun tak sangka, segala-galanya berlaku secara tak sengaja, baru jumpa dan berkenalan beberap minggu dia sudah boleh lupakan cintanya pada saya dan sanggup berbohong kata overtime sedangkan hakikatnya dia pergi ikut jantan tu tidur di hotel. Ini yang membuatkan saya tak dapat maafkan Has, kerana begitu mudah dia melupakan janji dan ikrar cintanya kepada saya sebelum kami berkahwin dan setiap tahun menyambut ulang tahun perkahwinan.

‘‘Kerana terlalu marah dan ikutkan rasa hati saya, andai ditakdirkan dia mati dulu, saya tak akan bacakan yassin dan buat tahlil untuknya. Begitulah marah dan geramnya saya atas perbuatannya menduakan saya.

‘‘Lagi pun jika kami bercerai saya kasihankan anak-anak juga mertua saya yang telah tua. Tetapi sayangnya anaknya tidak pernah fikir dan kaji dari perbuatan keji dan buruk yang telah dilakukannya.’’

Demikianlah cerita Azlan panjang lebar tentang masalah dan peristiwa hitam yang menyelibungi hidupnya. Katanya dia tidak ada tempat nak mengadu untuk melegakan sesak di dada dan dia mahu bercerita kepada orang yang tidak dikenali supaya kesannya tidak menyiksa hidupnya nanti.

Memang tepat seperti kata Azlan. Zaman ini terlalu banyak godaan, akibat percampuran yang luas tanpa mengguna fikiran. Memang ada kalangan wanita yang cepat lupa diri. Cepat terpengaruh dengan pujuk rayu, akhirnya merosakkan diri dan masa depan anak-anaknya. Ingatlah bukan semua lelaki seperti Azlan mahu mengutip isteri yang pernah mencontengkan arang ke mukanya. Insaflah. Bekerjalah dan carilah rezeki yang halal semoga terselamat dari sumpahan suami di dunia dan akhirat.


3/15/2011 09:44:00 PM



Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?

Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang "melayan sahabat" mereka ini.

Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain

2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya

3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data

4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain

5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti


Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:

1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya

2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa

3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet

4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa

5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat

6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu

7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.


Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:

1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka

2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu

3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa

4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan

5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Lebih merisaukan lagi apabila internet ini lebih mengkhayalkan yang menyebabkan manusia leka dan lupa akan perintah yang diwajibkan ke atas mereka iaitu beribadat kepada Yang Maha Esa. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar serta tidak melupakan kewajiban sebagai hamba Allah s.w.t sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia dunia dan akhirat.


3/15/2011 12:47:00 AM

Sunday, March 13, 2011


Upholstered with luminous sponges and corals, the bridge of the U.S. Coast Guard Cutter Duane attracts schools of smallmouth grunts—and divers. The ship was intentionally sunk in 1987 off Key Largo to create an artificial reef 120 feet (36 meters) deep.



3/13/2011 10:43:00 PM






Pasti ramai yang kenal spongebob kan? Dalam post kali ni aku nak kongsi ngan korang setiap karakter dalam cita spongebob ni cam berkait rapat dengan sifat-sifat manusia...












...Sloth/Kemalasan (Patrick).
Kemalasan dalam perbuatan. Ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang masa dan tidak pernah melakukan apa-apa. Bahkan dalam episode "Big Pink Loser", dia mendapat penghargaan dalam tidak melakukan apa-apa paling lama.



...Wrath/Amarah (Squidward).
Amarah melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebagian besar masanya dihabiskan untuk marah-marah.


...Greed/Keserakahan (Mr. Krabs).
Mr. Krabs adalah watak yang sangat serakah terhadap wang. Bagaimana mungkin tidak? dia selalu fikirkan tentang wang dan benar-benar fikir bahawa wang adalah segalanya.

...Envy/Iri hati (Plankton).
Plankton iri kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan The Chum Bucket adalah sebuah kegagalan. Rasa iri hatinya membuatkan dia ingin cuba untuk mencuri formula rahasia Krabby Patty.

...Gluttony/Kerakusan (Garry).
Adakah korang pernah mendengar Sponge Bob selalu berkata, "jangan lupa untuk beri Gary makan" atau mengatakan, "Saya harus beri Gary makan". Gary akan lari jika Sponge Bob lupa untuk memberinya makan. kerakusan biasanya tertumpu dalam hal pemakanan.

...Pride/Kebanggan (Sandy).
Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan darimana dia berasal. Dia amat berbangga bahwa dia dari Texas dan senang kalau semua orang tahu tentang itu. Dia juga bangga pada kenyataan bahwa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episode "Pressure", dimana dia mencuba untuk membuktikan bahwa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.











...Lust/Nafsu (Sponge Bob).
Nafsu dalam suatu definisi spongebob adalah, "kasih sayang berlebihan terhadap orang lain". Ini jelas diberikan pada Sponge Bob. Dia menunjukkan cintanya kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dalam membantu orang dan nafsu terhadap perkerjaannya.


Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat manusia dari beberapa watak kartun SpongeBob. Tapi di sebalik semua tu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk kita semua.


3/13/2011 04:40:00 AM















...Kekayaan menarik sahabat2mu, kemiskinan menjadi penolaknya. Jangan tertawa melihat orang jatuh kerana jarang seseorang itu jatuh dgn sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika x jatuh dalam perjalanan yg sulit..


...Zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50cm!


...Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.


...Kuda tidur secara berdiri..


...Obor2 mengandungi 95% air


...Kanggaru boleh melompat sejauh 9m sekali lompatan..


...Seekor lembu kentut sebanyak 200x lebih banyak berbanding manusia..








...Ikan jerung kebal terhadap penyakit barah


...Jika seekor katak membuka mulutnya terlalu lama, ia akan mati lemas..


...Udang karang mengambil masa selama 7 tahun ntk mencapai berat 500g=










...Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru2 dgn kelajuan 60mph.. Seseorang yg sering ketawa juga memiliki risiko penyakit 40% lebih rendah daripada orang yg murung..


...Salji juga turun di permukaan atmosfera planet Marikh.. Tetapi belum sempat sampai ke tanah, ia telah mengewap..


...Planet Marikh melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi matahari dengan mengambil masa selama 687 hari..


...Planet Marikh kelihatan berwarna merah kerana didalamnya terdapat banyak besi yg berkarat tertanam!


...Planet Jupiter mempunyai 60 bulan mengelilinginya.. Tapi sebahagiannya kecil dan sukar ntk dilihat melalui teleskop~












...Jantung angkasawan mengecil ketika berada di angkasa..


...Sepasang tikus boleh menghasilkan sebanyak 2 ribu ekor warisnya dalam setahun!


...Siput babi mempunyai 25 ribu batang gigi..


...Seekor tiram mengambil masa selama 7 tahun ntk menghasilkan sebiji mutiara..


...1 sudu kecil gula membekalkan 20 kilo kalori.. Berat 1 sudu kecil gula = 5g; oleh itu 1 kg gula =200 sudu kecil gula?!


...Organisma hidup yg terdapat pada kulit seorang manusia lebih banyak dari seluruh jumlah manusia yg hidup di muka bumi nih~














...Otot2 yg terdapat dalam tubuh manusia membentuk separuh dari berat badan..:


...Lemak dalam tubuh manusia cukup ntk menghasilkan 7 buku sabun mandi..


...Zirafah x batuk?!


...Tulang belakang seekor unta adalah lurus meskipun mempunyai bonggolan?!


...Sebuah komet yg melintasi atmosfera bumi biasanya ekor komet tuh menghala ke matahari?!








...Seorang angkasawan xleh sendawa di angkasa lepas..


...Ketika bulan purnama, bumi 0.02 darjah lebih panas?!














...Pengasas Spongebob, Stephen Hillenberg pernah belajar berkaitan laut di Universiti dan pernah mengajar biologi kelautan di Orange County Marine Institute, California dan kemudian mengambil program Masters dalam animasi eksperimental di Institut Seni California.. Pengalaman dan hobi itulah yg kemudiannye melahirkan kartun Spongebob Squarepants pada tahun 1996!


...Ahli matematik India, Lagadha merupakan perintis yg mengaplikasikan trigonometri dalam pengiraan bidang astronomi sebelum diperkembangkan oleh ahli matematik Yunani, Hipparchus..


3/13/2011 02:41:00 AM




Aku adalah seorang yang mencintai ketenangan. Kehidupan yang aku lalui sebelum ni mendorong aku melakui tingkah laku yang bercanggah dengan hukum alam. Aku bukan insan yang dilahirkan sempurna sifat dalam diri, juga bukan yang terbaik untuk menjadi baik. Oleh itu, keadaan sekeliling telah mengajar aku untuk lebih percaya pada nasib. Sifat dalam diri aku selalunya berubah-ubah, kekadang akulah angel akulah devil. Aku amat bencikan kekacauan & kehancuran, kerana sifat itu aku anggap sebagai kebodohan yang mesti dibuang oleh umat manusia. Pada hari-hari yang semakin tua & berubah-ubah, aku ingin memperbaiki diri aku ni ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...

Tujuan aku buat blog ni pun bukan atas sebab suka suki jugak. Aku neh pun baru sangat dalam bidang menulis blog cmni sebenarnya, sebabnyapun aku bukan pandai sangat nak bercerita tentang hal-hal semasa walawpun aku sememangnya peka dengan keadaan sekeliling.

Okey, perkara first sekali yang mendorong aku buat blog ni disebabkan aku yang suka memendam perasaan dalam diri, walaupun aku ni sememangnya mempunyai insan-insan tersayang dalam hidup aku yang boleh aku luahkan perasaan, tapi aku tak pandai nak gunakan semua tu, mungkin sebab takut nasihat yang mereka samapaikan tu tak kena dengan jiwa aku neh.

Tapi blog ni bukanlah aku nak ceritakan pasal diri aku sepenuhnya, aku cuma nak kongsi apa yang orang lain nak buat atau dah buat dalam kehidupan diorang  ...

sign ghost,



Archive


GHOST DAIRY
Dimanakah Wahai Kamu :(
Sekolah Ku Suatu Ketika

ABOUT BLOG
Berblog Bagi Aku

MAIN STORY
Isteri curang ugut bunuh diri
Bahaya Internet
Aku Skandal
Cinta & Seks
Ex-Boy & Tunang (Cita Kehidupan)
Perlukah Hari Kekasih?
Fakta Kucing Dan Pembunuhnya

BEHIND PAPER
Wanita Yang Patut Dijauhi Lelaki

KESIHATAN
Penyakit Kelamin (Akibat Seks Yang Keterlaluan)
Petua Untuk Kuruskan Badan :)
Berenanglah Wahai Umat Manusia
Fakta Keburukan Shisha (Kesihatan)

FAKTA MENARIK
Fakta Menarik :)
Spongebob Berkait Rapat Dengan Sifat Manusia

PHOTO OF THE DAY
Photo of the Day Catacombs, Paris
Photo of the Day Flower Garden Banks, Gulf of Mexico
Photo of the Day Sunken Ship, Key Largo
Photo of the Day Hang En Cave, Vietnam
Photo of the Day Spadefish, Bonin Islands
Photo of the Day Diprotodon Tracks, Australia
Photo Of The Day (Street Scene, Kolkata)
Photo Of The Day

FUNNY STAFF
Stick Fight :)

GAME REVIEW
A.V.A Online Best Grafik Game

March 2011 l GHOST DAIRY
Dimanakah Wahai Kamu :(
Sekolah Ku Suatu Ketika

ABOUT BLOG
Berblog Bagi Aku

MAIN STORY
Isteri curang ugut bunuh diri
Bahaya Internet
Aku Skandal
Cinta & Seks
Ex-Boy & Tunang (Cita Kehidupan)
Perlukah Hari Kekasih?
Fakta Kucing Dan Pembunuhnya

BEHIND PAPER
Wanita Yang Patut Dijauhi Lelaki

KESIHATAN
Penyakit Kelamin (Akibat Seks Yang Keterlaluan)
Petua Untuk Kuruskan Badan :)
Berenanglah Wahai Umat Manusia
Fakta Keburukan Shisha (Kesihatan)

FAKTA MENARIK
Fakta Menarik :)
Spongebob Berkait Rapat Dengan Sifat Manusia

PHOTO OF THE DAY
Photo of the Day Catacombs, Paris
Photo of the Day Flower Garden Banks, Gulf of Mexico
Photo of the Day Sunken Ship, Key Largo
Photo of the Day Hang En Cave, Vietnam
Photo of the Day Spadefish, Bonin Islands
Photo of the Day Diprotodon Tracks, Australia
Photo Of The Day (Street Scene, Kolkata)
Photo Of The Day

FUNNY STAFF
Stick Fight :)

GAME REVIEW
A.V.A Online Best Grafik Game

May 2011 l GHOST DAIRY
Dimanakah Wahai Kamu :(
Sekolah Ku Suatu Ketika

ABOUT BLOG
Berblog Bagi Aku

MAIN STORY
Isteri curang ugut bunuh diri
Bahaya Internet
Aku Skandal
Cinta & Seks
Ex-Boy & Tunang (Cita Kehidupan)
Perlukah Hari Kekasih?
Fakta Kucing Dan Pembunuhnya

BEHIND PAPER
Wanita Yang Patut Dijauhi Lelaki

KESIHATAN
Penyakit Kelamin (Akibat Seks Yang Keterlaluan)
Petua Untuk Kuruskan Badan :)
Berenanglah Wahai Umat Manusia
Fakta Keburukan Shisha (Kesihatan)

FAKTA MENARIK
Fakta Menarik :)
Spongebob Berkait Rapat Dengan Sifat Manusia

PHOTO OF THE DAY
Photo of the Day Catacombs, Paris
Photo of the Day Flower Garden Banks, Gulf of Mexico
Photo of the Day Sunken Ship, Key Largo
Photo of the Day Hang En Cave, Vietnam
Photo of the Day Spadefish, Bonin Islands
Photo of the Day Diprotodon Tracks, Australia
Photo Of The Day (Street Scene, Kolkata)
Photo Of The Day

FUNNY STAFF
Stick Fight :)

GAME REVIEW
A.V.A Online Best Grafik Game

July 2011 l






Click On Logo To Rock It!







Click On Logo If Wanna See It!








Facebook Blogger




Links

chat blog
kevinzahri
Kaki BLOGGER Official BLOG
artikel hangat
blog my sister
Tips bina badan
Guide HTML
Kalau berani klik kat sini dan main.


Design

Coding and Graphic Design by The Ghost.



How Did You Find My Blog?
Facebook
Tagged
Myspace
Friend
Search Engine
Your!
I just wanna know...

View Results


salcha4u ;D
salcha4u ;D



salcha4u ;D

Web Site Counters

Awix FarDe'lyma