salcha4u ;D
Monday, March 21, 2011




Penyakit Kelamin 




















Pengenalan

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?

Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:

STD ( Organisma )

Gonorea - (bacteria Neisseria gonorrhoeae)

Sifilis - (bacteria Treponema pallidum)

Non-gonococcal urethritis (NGU) - (Chlamydia trachomatis) 

Vaginal candidiasis - (Candida albicans (fungus)

Genital herpes - (Herpes simplex virus type 1 & 2)

Genital warts (Ketuat kemaluan) - (Human papilloma virus)  

HIV/AIDS - (Human immunodeficiency virus)

Hepatitis B - (Hepatitis B virus) 

Trichomoniasis - (Trichomonas vaginalis) 

Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?

Penyakit kelamin merebak melalui:

• Perhubungan seks

• Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti

Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti. 



Tanda dan Gejala

Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.

Chlamydia

Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.

Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts)

Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.

Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes)

Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tandatanda penyakit akan mengadu demam, gatal, 'panas' dan bengkak di bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa membuang air kecil.

Gonorrhoea

Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.

Sifilis

Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.

HIV

Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika didapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan sukar melawan penyakit.

Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis)

Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasa membuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing.

Trichomoniasis

Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV). Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini. 



Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)

Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk-serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar dalam.

Kudis buta (Scabies)

Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.

Kulat(Thrush)
Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar. Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini

jika anda mengamalkan atau melakukan:

• Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,

• Hubungan seks melalui dubur

• Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,

• Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.



Diagnosa

Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal. Kementerian merangka untuk mewujudkan satu ujian yang mudah bagi pesakit melakukannya di rumah, menggunakan air kencing atau sapuan dari pangkal faraj sahaja. Pesakit boleh mengambilnya sendiri dan ini boleh mengurangkan rasa malu pesakit ketika mendapat rawatan bagi penyakit ini. Dalam sesetengah keadaan, seperti kutu kemaluan, ujian yang lebih rapi tidak perlu dilakukan. Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).

Komplikasi

Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disesase), mengandung luar rahim atau kemandulan.

Rawatan

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen yang akan membekukan ketuat tersebut. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin: 



• Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu.

• Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik.

• Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja.

• Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing setelah pulih.

• Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres, banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di tempat panas.

• Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu.

• Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh badan dan dibasuh 24 jam kemudian.

• Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS (hyperlink AIDS), tetapi ada ubat yang dapat mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat.

• Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat.

• Kulat (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj), krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu dibahagian kemaluan.

• Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi beberapa kali untuk beberapa sesi. 



Pencegahan
Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan jika didapati mengidap penyakit kelamin.

Kumpulan Sokongan

Majlis AIDS Malaysia

Semakan Akhir : 22 April 2008


3/21/2011 11:36:00 PM




Aku adalah seorang yang mencintai ketenangan. Kehidupan yang aku lalui sebelum ni mendorong aku melakui tingkah laku yang bercanggah dengan hukum alam. Aku bukan insan yang dilahirkan sempurna sifat dalam diri, juga bukan yang terbaik untuk menjadi baik. Oleh itu, keadaan sekeliling telah mengajar aku untuk lebih percaya pada nasib. Sifat dalam diri aku selalunya berubah-ubah, kekadang akulah angel akulah devil. Aku amat bencikan kekacauan & kehancuran, kerana sifat itu aku anggap sebagai kebodohan yang mesti dibuang oleh umat manusia. Pada hari-hari yang semakin tua & berubah-ubah, aku ingin memperbaiki diri aku ni ke arah yang lebih baik. InsyaAllah...

Tujuan aku buat blog ni pun bukan atas sebab suka suki jugak. Aku neh pun baru sangat dalam bidang menulis blog cmni sebenarnya, sebabnyapun aku bukan pandai sangat nak bercerita tentang hal-hal semasa walawpun aku sememangnya peka dengan keadaan sekeliling.

Okey, perkara first sekali yang mendorong aku buat blog ni disebabkan aku yang suka memendam perasaan dalam diri, walaupun aku ni sememangnya mempunyai insan-insan tersayang dalam hidup aku yang boleh aku luahkan perasaan, tapi aku tak pandai nak gunakan semua tu, mungkin sebab takut nasihat yang mereka samapaikan tu tak kena dengan jiwa aku neh.

Tapi blog ni bukanlah aku nak ceritakan pasal diri aku sepenuhnya, aku cuma nak kongsi apa yang orang lain nak buat atau dah buat dalam kehidupan diorang  ...

sign ghost,



Archive


GHOST DAIRY
Dimanakah Wahai Kamu :(
Sekolah Ku Suatu Ketika

ABOUT BLOG
Berblog Bagi Aku

MAIN STORY
Isteri curang ugut bunuh diri
Bahaya Internet
Aku Skandal
Cinta & Seks
Ex-Boy & Tunang (Cita Kehidupan)
Perlukah Hari Kekasih?
Fakta Kucing Dan Pembunuhnya

BEHIND PAPER
Wanita Yang Patut Dijauhi Lelaki

KESIHATAN
Penyakit Kelamin (Akibat Seks Yang Keterlaluan)
Petua Untuk Kuruskan Badan :)
Berenanglah Wahai Umat Manusia
Fakta Keburukan Shisha (Kesihatan)

FAKTA MENARIK
Fakta Menarik :)
Spongebob Berkait Rapat Dengan Sifat Manusia

PHOTO OF THE DAY
Photo of the Day Catacombs, Paris
Photo of the Day Flower Garden Banks, Gulf of Mexico
Photo of the Day Sunken Ship, Key Largo
Photo of the Day Hang En Cave, Vietnam
Photo of the Day Spadefish, Bonin Islands
Photo of the Day Diprotodon Tracks, Australia
Photo Of The Day (Street Scene, Kolkata)
Photo Of The Day

FUNNY STAFF
Stick Fight :)

GAME REVIEW
A.V.A Online Best Grafik Game

March 2011 l GHOST DAIRY
Dimanakah Wahai Kamu :(
Sekolah Ku Suatu Ketika

ABOUT BLOG
Berblog Bagi Aku

MAIN STORY
Isteri curang ugut bunuh diri
Bahaya Internet
Aku Skandal
Cinta & Seks
Ex-Boy & Tunang (Cita Kehidupan)
Perlukah Hari Kekasih?
Fakta Kucing Dan Pembunuhnya

BEHIND PAPER
Wanita Yang Patut Dijauhi Lelaki

KESIHATAN
Penyakit Kelamin (Akibat Seks Yang Keterlaluan)
Petua Untuk Kuruskan Badan :)
Berenanglah Wahai Umat Manusia
Fakta Keburukan Shisha (Kesihatan)

FAKTA MENARIK
Fakta Menarik :)
Spongebob Berkait Rapat Dengan Sifat Manusia

PHOTO OF THE DAY
Photo of the Day Catacombs, Paris
Photo of the Day Flower Garden Banks, Gulf of Mexico
Photo of the Day Sunken Ship, Key Largo
Photo of the Day Hang En Cave, Vietnam
Photo of the Day Spadefish, Bonin Islands
Photo of the Day Diprotodon Tracks, Australia
Photo Of The Day (Street Scene, Kolkata)
Photo Of The Day

FUNNY STAFF
Stick Fight :)

GAME REVIEW
A.V.A Online Best Grafik Game

May 2011 l GHOST DAIRY
Dimanakah Wahai Kamu :(
Sekolah Ku Suatu Ketika

ABOUT BLOG
Berblog Bagi Aku

MAIN STORY
Isteri curang ugut bunuh diri
Bahaya Internet
Aku Skandal
Cinta & Seks
Ex-Boy & Tunang (Cita Kehidupan)
Perlukah Hari Kekasih?
Fakta Kucing Dan Pembunuhnya

BEHIND PAPER
Wanita Yang Patut Dijauhi Lelaki

KESIHATAN
Penyakit Kelamin (Akibat Seks Yang Keterlaluan)
Petua Untuk Kuruskan Badan :)
Berenanglah Wahai Umat Manusia
Fakta Keburukan Shisha (Kesihatan)

FAKTA MENARIK
Fakta Menarik :)
Spongebob Berkait Rapat Dengan Sifat Manusia

PHOTO OF THE DAY
Photo of the Day Catacombs, Paris
Photo of the Day Flower Garden Banks, Gulf of Mexico
Photo of the Day Sunken Ship, Key Largo
Photo of the Day Hang En Cave, Vietnam
Photo of the Day Spadefish, Bonin Islands
Photo of the Day Diprotodon Tracks, Australia
Photo Of The Day (Street Scene, Kolkata)
Photo Of The Day

FUNNY STAFF
Stick Fight :)

GAME REVIEW
A.V.A Online Best Grafik Game

July 2011 l






Click On Logo To Rock It!







Click On Logo If Wanna See It!








Facebook Blogger




Links

chat blog
kevinzahri
Kaki BLOGGER Official BLOG
artikel hangat
blog my sister
Tips bina badan
Guide HTML
Kalau berani klik kat sini dan main.


Design

Coding and Graphic Design by The Ghost.



How Did You Find My Blog?
Facebook
Tagged
Myspace
Friend
Search Engine
Your!
I just wanna know...

View Results


salcha4u ;D
salcha4u ;D



salcha4u ;D

Web Site Counters

Awix FarDe'lyma